Theme Preview Rss

Pelajar Malaysia bantu mangsa gempa bumi

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Seramai 30 sukarelawan pelajar perubatan Malaysia yang kini menuntut di Jakarta dan Bandung, Indonesia memulakan usaha untuk memberikan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Wilayah Jawa Barat hari ini.

Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sukarelawan tersebut akan membuat tinjauan dan penelitian mengenai bentuk bantuan yang diperlukan di kawasan terbabit.

"Mereka akan ke kawasan penempatan mangsa gempa bumi di Pangalengan negara tersebut untuk memberi bantuan berbentuk makanan dan pakaian.

"Pada petang ini pula, mereka menyediakan juadah berbuka puasa kepada mangsa di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Gempa bumi bermagnitud 7.0 skala Richter melanda seluruh Wilayah Jawa Barat pada 1 September lalu menyebabkan kemusnahan kepada 700 bangunan serta ramai penduduk yang maut dan cedera akibat kejadian tersebut.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, gerakan bantuan itu merupakan kumpulan pertama yang dihantar terdiri daripada pelajar negara ini.

Menurutnya, bantuan itu dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (MSD) diketuai Pengarahnya, Dr. Junaidi Abu Bakar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.


*tak tau pon..nk join gak..hehe*

0 comments:

Post a Comment