Theme Preview Rss

muka kacak ada sedikit sperma




OXFORD - Wanita yang mahu melahirkan anak dinasihatkan supaya memilih suami yang tidak memiliki daya tarikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis Universiti Oxford dan Universiti Kolej London, lelaki yang mempunyai daya tarikan menarik tidak mengeluarkan banyak sperma ketika melakukan hubungan seks.

Bilangan sperma yang sedikit akan mengurangkan peluang wanita untuk memperoleh anak.

Berdasarkan kajian itu, lelaki yang tidak kacak didapati mengeluarkan lebih banyak sperma.

Lelaki yang kacak mempunyai ramai kekasih dan dipercayai kurang berjaya untuk menjadi bapa kepada anak.

Penemuan itu disokong oleh kajian terhadap ayam dan ikan tetapi para penyelidik berpendapat hasil penyelidikan itu boleh digunakan untuk diaplikasikan dalam konteks manusia.

"Daya tarikan manusia merupakan sesuatu yang kompleks dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk budaya," kata seorang penyelidik, Sam Tazzyman. - Agensi

2 comments:

cyndaguil said...

fair n square la nnt...da dia hnsme da...klu byk sperma....nnt ckp lngkap plok...heheh...manusia..kn ade kurang n lebih nye..x g2 cik farah? heheheh ;p

farahanim said...

haha...so nnt cari pakwe tkleh la yg hensem2..hehe..kene carik yg kurang ensem..br la produktif.. =)

Post a Comment