Theme Preview Rss

Tragedi bom ritz-carlton..

as usual,i woke up very late in da morning..n then i got phone calls from ajim..i was so sleppy so i just ignored them..but he kept calling so i answered him.then he asked me if i was alright.i was so confused.what was this all about..he told me that he watched in the news that there was a bomb explosion in jakarta..hurm..i was very 'mamai' n all i said was 'owh,yeke...'..then i went to sleep.right after that i received a message from my fren about the incident..so,,now i know what was happening..haish...ni la bahananye klau bgn lmbt..kn dh ketinggalan zaman.bom meletup kt tmpt sndri pon tk tau..actually,there were 2 bomb explosions in mega kuningan,jakarta..it is the same area with malaysia embassy and lots of 5 star hotels..(arini tk kuar g mn2 sbb tkt ade bom lg)..until now,the total victims are 51..my sympathies to all the victims and their families..


JAKARTA 17 Julai - Menteri Penyelaras Keselamatan Indonesia, Widodo AS berkata, sebanyak sembilan orang mati dalam kejadian letupan di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton yang terletak bersebelahan kawasan Mega Kuningan di sini pagi ini.

Katanya, kejadian berlaku akibat letupan bom yang kuat yang berlaku sebanyak dua kali, berselang dua minit antara satu sama lain pada 7.45 pagi dan 7.47 pagi waktu Indonesia Barat.

“Ini jenis mempunyai ledakan tinggi,” katanya kepada pemberita di depan Hotel JW Marriott tersebut, yang turut diiringi Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, Ketua Badan Inteligen Nasional, Syamsir Siregar dan Gabenor Fauzi Bowo.

Widodo yang dipetik media massa tempatan berkata, letupan pertama terjadi di lobi Hotel Marriott dan disusuli letupan kedua di restoran di Ritz Carlton.

Menurutnya, enam orang mati di tempat kejadian di JW Marriott, dua orang di Ritz Carlton dan seorang di Hospital Medistra.

Beliau bagaimanapun belum mahu mengaitkan kejadian dengan sebarang aktiviti pengganas dan sebaliknya mahu ia disiasat dengan terperinci terlebih dahulu. - Bernama

0 comments:

Post a Comment